Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018

Seksyen 5

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu melalui cek jurubank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima

Sahaja” yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah atau melalui perbankan elektronik.

(2)

Berhubung dengan pembayaran yang dibuat melalui cek jurubank atau draf bank, cek jurubank atau draf bank itu hendaklah dihantar melalui pos ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

4

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2018