Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN CUKAI PERKHIDMATAN (PERKHIDMATAN DIGITAL) (PINDAAN) 2022
Seksyen 3
Pindaan peraturan 6A
Peraturan 6A Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:
“(3A) Walau apa pun subperaturan (3), Ketua Pengarah boleh, atas permintaan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar asing dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah, membenarkan mana-mana butir yang dinyatakan di bawah subperaturan (3) untuk tidak dinyatakan dalam suatu nota kredit atau nota debit yang dikeluarkan oleh orang berdaftar asing.”.
P.U. (A) 260 3
Pindaan peraturan 9 4.
Subperaturan 9(3) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sebelum” dengan perkataan “tidak lewat daripada”.
Pindaan peraturan 16 5.
Peraturan 16 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(3)
Bagi maksud penerimaan penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan atau penalti yang kena dibayar, jika hari terakhir yang dinyatakan di bawah subseksyen 56H(4), 56H(4A) atau 56I(1) Akta jatuh pada hari kelepasan mingguan Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan di Malaysia atau di negara yang mana orang berdaftar asing itu ditubuhkan, maka hari terakhir untuk menerima penyata dan pembayaran cukai perkhidmatan atau penalti yang kena dibayar itu adalah pada hari kelepasan mingguan Persekutuan atau hari kelepasan am Persekutuan di Malaysia atau di negara yang mana orang berdaftar asing itu ditubuhkan.”.
Dibuat 12 Ogos 2022
[MOF.TAX(S)700-1/2/27 JLD.3; KE.HF(152) 899/03 JLD. 2(1); PN(PU2)752/IV]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
P.U. (A) 260 4
SERVICE TAX ACT 2018
SERVICE TAX (DIGITAL SERVICES) (AMENDMENT) REGULATIONS 2022