Malaysia legislation

Section 103

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 103

(1)

Di bawah kebenaran dan syarat-syarat sebagaimana yang Komisioner Jeneral boleh tentukan, kursus koresponden, pembelajaran persendirian dan latihan kemahiran boleh dibenarkan di setiap tempat tahanan untuk faedah orang tahanan.

(2)

Tiap-tiap orang tahanan yang boleh mendapat manfaat melalui kemudahan pendidikan yang disediakan hendaklah digalakkan untuk berbuat demikian.

Perpustakaan

Section 103 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012