Malaysia legislation
Section 139
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 139
(1)
Pegawai perubatan hendaklah memberikan arahan secara bertulis−
(a)
bagi pengasingan orang tahanan yang mengidap penyakit berjangkit atau merebak;
(b)
bagi pembersihan dan penyahjangkitan mana-mana bilik, sel atau dormitori yang dihuni oleh mana-mana orang tahanan itu; dan
(c)
bagi pembersihan, penyahjangkitan atau pemusnahan, sekiranya perlu, apa-apa pakaian atau kelengkapan tempat tidur yang telah dijangkiti kuman, yang hendaklah dilakukan oleh Pegawai yang Menjaga dengan serta-merta.
(2)
Pegawai perubatan hendaklah dalam hal berlakunya suatu wabak, atau penyakit yang mudah berjangkit atau merebak, atau apa-apa hal keadaan lain yang menjejaskan kesihatan orang tahanan yang menghendaki langkah-langkah luar biasa, membuat laporan serta-merta kepada Pegawai Yang Menjaga tanpa menunggu masa apa-apa laporan berkala.
Pegawai perubatan hendaklah melaporkan perkara tertentu