Malaysia legislation

Section 161

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 161

Berbual-bual atau berhubung rapat dengan orang tahanan

(1)

Tiada seorang pun pegawai penjara boleh berbual-bual mengenai perkara yang tidak perlu dengan orang tahanan atau melakukan apa-apa jua dengan perkataan, gerak geri atau tingkah laku yang boleh mendatangkan kemarahan orang tahanan.

(2)

Tiada seorang pun pegawai penjara boleh membiarkan mana-mana orang tahanan berbaik-baik dengannya atau dengan mana-mana pegawai penjara yang lain atau dalam apa-apa keadaan bercakap tentang tugasnya atau tentang apa-apa perkara mengenai tatatertib atau perkiraan tempat tahanan itu dalam pendengaran orang tahanan itu.

Aduan atau permohonan oleh orang tahanan

Section 161 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012