Malaysia legislation

Section 17

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 17

(1)

Semua orang tahanan hendaklah menggunting pendek rambut dan janggut, jambang dan misai.

(2)

Orang tahanan yang tidak mempunyai janggut, jambang dan misai di mukanya, atau yang bermisai sahaja, hendaklah bercukur sekerap yang perlu bagi memelihara penampilan yang bersih dan sopan.

(3)

Rambut orang tahanan wanita tidak boleh dipotong semasa diterima masuk atau selepas itu tanpa keizinannya kecuali jika pegawai perubatan atau Pegawai yang

Menjaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, menganggap bahawa pemotongan rambut itu perlu atas sebab kesihatan, kebersihan atau keselamatan.

P.U. (A) 188 11

(4)

Mana-mana orang tahanan yang mempunyai tabiat bercukur kepala yang ditahan di tempat tahanan, hendaklah dibenarkan supaya kepalanya dicukur.

(5)

Rambut orang tahanan berbangsa Sikh tidak boleh dipotong tanpa perintah secara bertulis daripada Pegawai yang Menjaga, yang perintahnya tidak boleh dibuat kecuali atas alasan keperluan yang diperakui oleh pegawai perubatan.

Pemeriksaan perubatan

Section 17 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012