Malaysia legislation
Section 33
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 33
(1)
Komisioner Jeneral hendaklah, demi kepentingan kelakuan baik dan latihan, menubuhkan di tiap-tiap tempat tahanan apa-apa sistem atau sistem keistimewaan sebagaimana yang sesuai untuk orang tahanan mengikut Peringkat dan program pemulihan.
(2)
Tiap-tiap sistem sedemikian hendaklah termasuk perkiraan yang di bawahnya sejumlah wang yang diperoleh oleh orang tahanan di bawah Peraturan-Peraturan ini, boleh dibelanjakan untuk apa-apa sebab dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan sebagaimana yang Komisioner Jeneral boleh tentukan.
(3)
Keistimewaan orang tahanan dalam pelbagai Peringkat hendaklah seperti yang berikut:
(a)
Orang tahanan dalam Peringkat Pertama dan Peringkat Kedua-P.U. (A) 188 17
(i)
hendaklah dibenarkan mempunyai buku perpustakaan dan menukarkannya dengan bahan bacaan lain sebagaimana yang boleh dipraktikkan; dan
(ii)
layak untuk menghadiri apa-apa konsert, syarahan, pameran program audio visual dan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang Pegawai yang Menjaga boleh arahkan.
(b)
Sebagai tambahan kepada keistimewaan yang disebut dalam perenggan (a), orang tahanan dalam Peringkat Kedua adalah layak untuk ditempatkan dalam Skim;
(c)
Orang tahanan dalam Peringkat Ketiga dan Keempat –
(i)
hendaklah dibenarkan mempunyai buku perpustakaan dan menukarkannya dengan bahan bacaan lain sebagaimana yang boleh dipraktikkan;
(ii)
layak untuk menghadiri apa-apa konsert, syarahan, pameran program audio visual dan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang Pegawai yang Menjaga boleh arahkan;
(iii)
layak untuk ditempatkan dalam Skim; dan
(iv)
layak untuk mengambil bahagian dalam kelas kemahiran yang disediakan di tempat tahanan.
(4)
Perkiraan hendaklah dibuat setakat yang praktik bagi tiap-tiap tahanan, melainkan jika dikecualikan oleh pegawai perubatan atas alasan kesihatan, untuk melakukan senaman dan rekreasi fizikal harian dengan syarat bahawa keselamatan dan tatatertib dikekalkan dengan sewajarnya.
P.U. (A) 188 18
(5)
Orang tahanan dalam semua Peringkat layak untuk menerima bahan bacaan yang bersesuaian daripada mana-mana orang, tertakluk kepada kelulusan oleh
Komisioner Jeneral.
(6)
Orang tahanan dalam semua Peringkat layak untuk menerima keistimewaan lain sebagaimana yang diluluskan oleh Komisioner Jeneral dari semasa ke semasa.