Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 3
Prinsip am tempat tahanan, pentadbiran dan pemakaian Peraturan-Peraturan
(1)
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai, dengan memberikan kelonggaran wajar bagi perbezaan dalam watak dan mengambil kira kepelbagaian jenis orang tahanan, mengikut prinsip yang berikut:
(a)
Tatatertib dan ketenteraman hendaklah dikekalkan dengan adil tetapi tegas dan dengan tidak mengenakan sekatan yang melebihi daripada yang dikehendaki bagi jagaan selamat dan untuk memastikan kehidupan bermasyarakat yang teratur;
(b)
Dalam pengawalan orang tahanan, pegawai penjara hendaklah berusaha untuk mempengaruhi orang tahanan itu melalui contoh teladan dan kepimpinan mereka sendiri, dan untuk mendapatkan kerjasama secara sukarela mereka;
(c)
Pada setiap masa, pemulihan terhadap orang tahanan hendaklah seperti untuk menggalakkan menghormati diri mereka sendiri dan mempunyai perasaan tanggungjawab ke atas diri sendiri, supaya semangat mereka dapat dibina semula, menyemai dalam diri mereka tabiat kewarganegaraan yang baik dan kerja keras, menggalakkan mereka supaya hidup dengan baik dan berguna setelah dibebaskan dan menyesuaikan mereka untuk berbuat demikian; dan
(d)
Menyediakan aktiviti yang berguna termasuklah pendidikan, bimbingan
P.U. (A) 188 6
dan latihan kemahiran dan kerja yang telah dirancang bagi membantu orang tahanan memperoleh pengetahuan dan meningkatkan kemahiran yang perlu bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan yang sesuai.
(2)
Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap orang tahanan.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), peruntukan mana-mana Bahagian
Peraturan-Peraturan ini yang berhubungan dengan mana-mana kategori orang tahanan yang tertentu hendaklah, jika peruntukan untuk Bahagian itu bercanggah atau tidak selaras dengan mana-mana peruntukan lain Peraturan-Peraturan ini, hanya terpakai bagi orang tahanan kategori itu.