Malaysia legislation
Section 53
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 53
(1)
Skim hendaklah diklasifikasikan dalam tiga gred seperti berikut:
(a)
Gred A, ialah gred tertinggi bagi orang tahanan yang mahir membuat kerja dan yang kelakuannya cemerlang. Orang tahanan di bawah gred ini layak untuk dibayar insentif tertinggi;
(b)
Gred B, ialah gred pertengahan bagi orang tahanan yang sederhana mahir membuat kerja dan berkelakuan baik. Orang tahanan di dalam gred ini layak dibayar insentif pertengahan;
(c)
Gred C, ialah gred asas bagi semua orang tahanan selain Gred A dan Gred B. Orang tahanan di dalam gred ini layak dibayar insentif asas.
(2)
Kenaikan orang tahanan ke Gred A dan Gred B adalah bergantung kepada kemahiran dan kelakuan.
P.U. (A) 188 24
Penggredan dan kenaikan