Malaysia legislation
Section 55
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 55
(1)
Orang tahanan layak dibayar sejumlah wang insentif sebagaimana yang
Komisioner General dengan kelulusan Menteri, dari semasa ke semasa nyatakan berkenaan dengan setiap gred.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Komisioner Jeneral mempunyai budi bicara untuk memperkenalkan kadar insentif khas bagi latihan perusahaan khas.
(3)
Jika orang tahanan itu diarahkan untuk mengikuti latihan perusahaan khas, dia adalah layak untuk dibayar insentif khas sebagai tambahan kepada insentif sedia ada yang diterimanya dalam gred yang mana dia berada.
(4)
Insentif akan dibayar kepada orang tahanan mengikut jumlah hari dia bekerja.
Simpanan