Malaysia legislation
Section 68
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 68
(1)
Orang tahanan adalah berhak membuat rundingan sebanyak dua kali dengan penasihat undang-undangnya bagi maksud membuat apa-apa representasi secara bertulis yang dia boleh membuatnya terhadap perintah tahanannya.
(2)
Rundingan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dibuat semasa waktu bekerja biasa di tempat tahanan dan antara apa-apa waktu sebagaimana Pegawai yang Menjaga boleh arahkan dan dalam penglihatan, tetapi bukan dalam pendengaran seseorang pegawai.
(3)
Mana-mana penasihat undang-undang yang ingin berjumpa dengan orang tahanan hendaklah memberi notis awal kepada Pegawai yang Menjaga tempat tahanan.
(4)
Tiada apa-apa lagi rundingan antara orang tahanan dengan penasihat undang-undangnya boleh dibenarkan selepas itu kecuali dengan persetujuan bertulis
Peguam Negara, atau seorang anggota jabatannya yang diberi kuasa oleh Peguam
Negara, dan apa-apa rundingan selanjutnya hendaklah, melainkan jika penasihat undang-undang orang tahanan itu telah memperakui kepada Peguam Negara atau anggota yang tersebut di atas bahawa hal perkara rundingan itu mengenai representasi orang tahanan itu terhadap perintah tahanannya atau bahawa rundingan itu ada berkaitan dengan mana-mana prosiding yang orang tahanan itu menjadi satu pihak, dibuat dalam penglihatan dan pendengaran seorang pegawai dan seorang jurubahasa, jika pegawai itu tidak memahami bahasa yang dipertuturkan.
(5)
Penasihat undang-undang bagi orang tahanan boleh diiringi oleh seorang di bawah kawalan terus dan serta-merta penasihat undang-undang itu.
(6)
Bagi maksud peraturan ini “penasihat undang-undang” ertinya peguam orang tahanan atau peguam bela dan peguam cara yang dilantik bagi mewakili orang tahanan itu atau kerani yang diberi kuasa oleh peguam atau peguam bela dan peguam cara itu.
P.U. (A) 188 32
Lawatan oleh pegawai polis