Malaysia legislation
Section 73
of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012
Seksyen 73
Pelawat
(1)
Perkiraan hendaklah dibuat supaya apa-apa permintaan oleh orang tahanan untuk berjumpa Komisioner Jeneral atau anggota Hakim Pelawat hendaklah direkodkan oleh pegawai yang kepadanya perkiraan itu dibuat dan disampaikan tanpa kelengahan kepada Pegawai yang Menjaga.
(2)
Pegawai yang Menjaga hendaklah memaklumkan Komisioner Jeneral atau anggota Hakim Pelawat semasa lawatan Komisioner Jeneral atau anggota Hakim
Pelawat selepas itu ke tempat tahanan itu akan apa-apa permintaan orang tahanan yang berjumpa dengan Komisioner Jeneral atau anggota Hakim Pelawat itu.