Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Permohonan untuk lesen baru, lesen sementara dan permohonan bagi premis yang baru hendaklah diiklankan atas perbelanjaan pemohon sendiri iaitu:
(a)
dengan mempamerkan satu salinan permohonan itu di bangunan/tempat di mana perniagaan itu akan dijalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum mesyuarat itu diadakan; dan
(b)
dengan mengiklankan permohonan itu di dalam dua jenis akhbar
(Bahasa Malaysia dan Inggeris/Cina) dalam tempoh yang tersebut di dalam perenggan (a) di atas dan keratan iklan itu hendaklah dihantar ke Pejabat Daerah dan Tanah Rompin.
Bertarikh 19 Februari 2018
DATO’ MOHD ZULKIFLI BIN HASHIM
[PD.Rom. 001.01.367 Jld. 2]
Pengerusi
Lembaga Pelesenan Eksais Daerah
Rompin
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
15hb Mac 2018]
319
AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984
(Akta 313)
NATIONAL FORESTRY ACT 1984
(Act 313)