Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (PEMBERITAHUAN SUKARELA) 2012

Seksyen 14

(1)

Jika hak cipta dalam sesuatu karya di dalam Daftar telah dipindah milik kepada seseorang melalui penyerahhakan, pemberian berwasiat atau kuat kuasa undang-undang, atau jika suatu lesen telah diberi kepada seseorang berkenaan dengan hak cipta dalam sesuatu karya, orang itu atau wakilnya boleh memberitahu Pengawal, dalam Borang CR-11 bersama dengan fi yang ditetapkan, tentang penyerahhakan, pemberian berwasiat, kuat kuasa undang-undang atau lesen, mengikut mana yang berkenaan.

(2)

Selain daripada borang dan fi yang disebut dalam subperaturan (1), seseorang wakil juga hendaklah mengemukakan Borang CR-3 bersama dengan fi yang ditetapkan.

Penggantian karya

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN HAK CIPTA (PEMBERITAHUAN SUKARELA) 2012