Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA (PERATUSAN ADUNAN DAN PENGGUNAAN MANDATORI) 2011

Seksyen 2

(1)

Jenis biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain dan peratusan adunannya untuk penggunaan aktiviti pengangkutan dan perindustrian adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

(2)

Seseorang pemegang lesen yang mengeluarkan, mengadun, mengangkut atau menyimpan apa-apa biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain selain biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual untuk penggunaan aktiviti pengangkutan dan perindustrian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

4

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA (PERATUSAN ADUNAN DAN PENGGUNAAN MANDATORI) 2011