Malaysia legislation

Section 2A

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (MENGKOMPAUN KESALAHAN-KESALAHAN) (PINDAAN) 2025

Seksyen 2A

(1)

Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan boleh dikompaun telah dilakukan,

Pesuruhjaya boleh, dengan keizinan bertulis

Pendakwa

Raya, mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang 2 Jadual Kedua.

(2)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh dua puluh satu hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat atau apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh Pesuruhjaya secara bertulis, dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh dua puluh satu hari atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan itu, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

Section 2A — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PELANCONGAN (MENGKOMPAUN KESALAHAN-KESALAHAN) (PINDAAN) 2025