Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) 2014
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggaran permintaan air” ertinya anggaran permintaan air harian yang diperlukan bagi suatu premis yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;
“kadar perkhidmatan bekalan air” ertinya kadar yang ditetapkan bagi perkhidmatan bekalan air di bawah Akta atau mana-mana undang-undang bertulis lain;
“kos kelengkapan atau mesin” ertinya kos sewaan bagi sesuatu kelengkapan atau mesin dalam melaksanakan kerja yang berkaitan;
“kos penggalian dan pemulihan semula” ertinya kos untuk menggali dan memulih semula sesuatu kawasan kepada keadaan asal dan termasuk caj tenaga kerja
P.U. (A) 37 5
dan kos sewaan bagi penggali atau kenderaan bermotor, dan apa-apa kelengkapan lain yang digunakan bagi kerja penggalian dan pemulihan semula;
“kos pengujian meter” ertinya kos anggaran yang akan ditentukan oleh pemegang lesen perkhidmatan selepas mengambil kira kos yang berikut:
(a)
caj tenaga kerja standard untuk memindah, menguji dan memasang semula meter air;
(b)
kos kelengkapan atau mesin; dan
(c)
kos pengangkutan;
“kos permit kerja” ertinya kos yang ditanggung dalam memenuhi apa-apa peruntukan undang-undang yang berkaitan atau apa-apa pemberikuasaan atau permit yang dikeluarkan di bawah undang-undang yang berkaitan bagi penjalanan kerja pemotongan atau penyambungan semula;
“kos sebenar pemotongan atau penyambungan semula” ertinya kos sebenar yang ditanggung oleh pemegang lesen perkhidmatan bagi pemotongan atau penyambungan semula bekalan air yang termasuk—
(a)
kos pengangkutan;
(b)
kos penggalian dan pemulihan semula;
(c)
kos permit kerja; dan
(d)
kos kelengkapan atau mesin;
“sesalur utama awam” ertinya apa-apa paip air yang disenggara dan dikawal oleh pemegang lesen perkhidmatan yang kepadanya paip air perkhidmatan boleh disambungkan;
P.U. (A) 37 6
“sistem retikulasi luaran” ertinya—
(a)
suatu rangkaian talian paip tidak termasuk paip air perkhidmatan dan agihan dalam suatu kawasan pembangunan pemaju yang bersambung dengan sesalur utama bekalan;
(b)
hendaklah termasuk takungan perkhidmatan, tangki sedutan, stesen pengepam, injap, pili, meter daerah, stesen persampelan, sistem telemetri, paip penghubung dan apa-apa perlengkapan, kelengkapan, peranti dan pemasangan lain yang bersambung dengan rangkaian itu; dan
(c)
termasuk tanah di mana takungan perkhidmatan, tangki sedutan, stesen pengepam, injap, pili, meter daerah, stesen persampelan, sistem telemetri, paip penghubung dan apa-apa perlengkapan, kelengkapan, peranti dan pemasangan lain itu ditempatkan.