Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) (PINDAAN) 2025

Seksyen 5

Pindaan peraturan 15

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Bahagian I dan II”

dengan perkataan “Bahagian I, II dan IV”;

P.U. (A) 274 4

(b)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “Bahagian I”

dengan perkataan “Bahagian I dan IV”;

(c)

dalam subperaturan (2) dan (3), dengan menggantikan perkataan

“Bahagian I atau II” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan

“Bahagian I, II atau IV”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(4)

Jika sesalur utama awam bagi sesuatu premis yang dinyatakan dalam Bahagian IV Jadual Ketiga dibina oleh pemegang lesen, kadar sumbangan modal yang kena dibayar oleh pemaju hendaklah termasuk kos modal pembinaan sesalur utama awam sehingga ke tempat tebukan yang diluluskan.

(5)

Kos modal pembinaan sesalur utama awam yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah termasuk perbelanjaan modal yang ditanggung atau anggaran perbelanjaan modal yang akan ditanggung oleh pemegang lesen berhubung dengan penyediaan sesalur utama awam itu termasuk apa-apa stesen pengepam, takungan perkhidmatan, takungan imbangan, struktur, pemasangan, bangunan, kelengkapan dan perlengkapan yang digunakan dan tanah yang stesen pengepam, takungan perkhidmatan, takungan imbangan, struktur, pemasangan, bangunan, kelengkapan dan perlengkapan itu ditempatkan.”.

Pindaan peraturan 16

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (DEPOSIT, FI DAN CAJ PERKHIDMATAN AIR) (PINDAAN) 2025