Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PELESENAN) (PINDAAN) 2022

Seksyen 4

Peraturan 7 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:

“(1) Sesuatu lesen individu yang diberikan adalah sah—

(a)

bagi suatu tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dari tarikh pemberian atau pembaharuan lesen individu itu bagi permohonan yang dibuat di bawah perenggan 4(4)(a) atau perenggan 4(4)(b); atau

(b)

bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun dari tarikh pemberian atau pembaharuan lesen individu itu bagi permohonan yang dibuat di bawah perenggan 4(4)(c) atau perenggan 4(4)(d).”;

(b)

dalam subperaturan (2), dengan memotong perkataan “tiga tahun”; dan

(c)

dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “tiga tahun tersebut” dengan perkataan “yang disebut dalam subperaturan (1)”.

Pindaan peraturan 12

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PELESENAN) (PINDAAN) 2022