Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016

Seksyen 11

(2)

Award yang diberikan boleh termasuk—

9

(a)

suatu award monetari dalam apa-apa amaun sebagaimana yang ombudsman berpendapat adalah pampasan yang adil bagi apa-apa kerugian tertakluk kepada had monetari sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual;

(b)

suatu arahan yang menghendaki anggota untuk mengambil langkah-langkah tertentu berhubung dengan suatu pertikaian sebagaimana yang ombudsman berpendapat adalah wajar;

(c)

suatu arahan yang menghendaki anggota membayar balik kos sebenar yang ditanggung oleh pengadu yang layak berhubung dengan suatu pertikaian, tertakluk kepada had sebagaimana yang dinyatakan dalam terma rujukan; atau

(d)

apa-apa perkara lain sebagaimana yang diputuskan oleh ombudsman tertakluk kepada terma rujukan.

(3)

Bagi maksud subperaturan (1), apa-apa award monetari hendaklah didapatkan mengikut tatacara sebagaimana yang dinyatakan dalam terma rujukan.

(4)

Suatu pertikaian yang melibatkan tuntutan monetari yang melebihi had monetari sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual boleh dirujuk kepada

Skim Ombudsman Kewangan sekiranya pengendali skim, pengadu yang layak dan anggota yang terlibat dalam pertikaian itu bersetuju—

(a)

untuk merujuk pertikaian itu kepada Skim Ombudsman Kewangan; dan

(b)

bahawa award monetari boleh melebihi had monetari sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

10

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN (SKIM OMBUDSMAN KEWANGAN) 2016