Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN JURUUKUR TANAH BERLESEN (PINDAAN) 2019

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 2011 [P.U. (A) 331/2011], yang disebut sebagai “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini dipinda dalam peraturan 26 dengan memasukkan selepas subperaturan (7) subperaturan yang berikut:

“(8)

Jika fi telah didepositkan dengan Lembaga dan juruukur tanah berlesen telah mendaftar kerja dengan Lembaga, juruukur tanah berlesen hendaklah dibayar tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah fi yang telah didepositkan dengan Lembaga sekiranya klien berniat untuk menamatkan perkhidmatan juruukur tanah berlesen sebelum bermulanya kerja lapangan.