Malaysia legislation

Section 43

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017

Seksyen 43

(1)

Anggota Lembaga Pelawat yang sedia ada yang dilantik oleh Menteri di bawah peraturan 3, dan anggota jawatankuasa yang sedia ada yang dilantik oleh

Lembaga

Pelawat di bawah peraturan 8,

Peraturan-Peraturan

Sekolah

Yang Diluluskan 1981 [P.U. (A) 375/1981], yang disebut “Peraturan-Peraturan yang dibatalkan” di bawah peraturan ini, hendaklah disifatkan telah dilantik dengan sewajarnya di bawah Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah terus memegang jawatan sehingga pelantikan itu dibatalkan atau dikosongkan, atau sehingga habis tempoh pelantikan mereka.

(2)

Mana-mana tindakan disiplin yang diambil di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan yang masih belum selesai sebelum permulaan kuat kuasa

Peraturan-Peraturan ini hendaklah terus sah dan hendaklah diuruskan di bawah

Peraturan-Peraturan yang dibatalkan seolah-olah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan itu tidak dibatalkan.

30

Pembatalan

Section 43 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (SEKOLAH DILULUSKAN) 2017