Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT PERLINDUNGAN) 2017

Seksyen 14

(a)

untuk menguruskan tempat perlindungan;

(b)

untuk menggalakkan perkembangan, kebajikan dan kesihatan penghuni;

(c)

untuk memastikan bahawa persekitaran tempat perlindungan adalah selamat, bersih dan sesuai bagi penghuni;

(d)

untuk mengadakan program pemulihan untuk penghuni termasuklah pendidikan, kemahiran hidup dan latihan vokasional;

(e)

untuk mengawasi kelakuan dan disiplin penghuni;

(f)

untuk menentukan kewajipan kakitangan dan mengawasi pelaksanaan kewajipan itu; dan

(g)

untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(2)

Bagi maksud perenggan (1)(c), Pengetua hendaklah memastikan bahawa garis panduan keselamatan yang berhubungan dengan pencegahan kebakaran, bencana alam atau hal keadaan kecemasan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dipatuhi.

(3)

Bagi maksud perenggan (1)(e), jika mana-mana penghuni meninggalkan tempat perlindungan tanpa kelulusan bertulis Pengetua terlebih dahulu atau lepas lari dari tempat perlindungan, Pengetua hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat jam selepas mengetahui hakikat itu, melaporkan perkara itu kepada—

(a)

Ketua Pengarah;

(b)

Pelindung bagi kawasan di mana penghuni itu tinggal atau pegawai akhlak; dan 14

(c)

ibu atau bapa, penjaga atau saudara penghuni itu.

(4)

Dalam menjalankan kewajipan yang disebut dalam subperaturan (1),

Pengetua hendaklah menyediakan suatu laporan bulanan bagi tempat perlindungan yang hendaklah termasuk perkara yang berikut:

(a)

kemasukan dan pelepasan penghuni;

(b)

cuti yang diberikan kepada penghuni;

(c)

penghuni yang telah meninggalkan tempat perlindungan tanpa kelulusan terlebih dahulu atau telah lepas lari dari tempat perlindungan;

(d)

aktiviti keagamaan dan bukan keagamaan;

(e)

keadaan kesihatan penghuni;

(f)

kematian penghuni, jika ada;

(g)

derma atau hadiah yang diterima oleh tempat perlindungan;

(h)

kelemahan yang berhubungan dengan pentadbiran tempat perlindungan; dan

(i)

aktiviti atau program yang dianjurkan oleh Lembaga Pelawat.

(5)

Laporan bulanan yang disebut dalam subperaturan (4) hendaklah—

(a)

dibentangkan oleh Pengetua kepada Lembaga Pelawat dalam mesyuaratnya; dan 15

(b)

dikemukakan oleh Pengetua kepada Ketua Pengarah, Pengarah Negeri dan Pengarah tidak lewat daripada hari kesepuluh bulan berikutnya.

Ketidakhadiran Pengetua

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT PERLINDUNGAN) 2017