Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT PERLINDUNGAN) 2017
Seksyen 3
Kewajipan dan fungsi Lembaga Pelawat adalah seperti yang berikut:
(a)
untuk mengawasi perkembangan keseluruhan dan kesejahteraan penghuni, dan membuat syor kepada Ketua Pengarah, Pengarah Negeri, Pengarah atau
Pengetua tentang penambahbaikan bagi perkembangan keseluruhan dan kesejahteraan penghuni;
(b)
untuk mengawasi pentadbiran tempat perlindungan dan membuat syor kepada Ketua Pengarah, Pengarah Negeri, Pengarah atau Pengetua tentang penambahbaikan pentadbiran tempat perlindungan bagi memastikan tujuan tempat perlindungan tercapai;
(c)
untuk mengadakan dana bagi aktiviti, latihan atau program yang dijalankan oleh tempat perlindungan;
(d)
untuk menganjurkan aktiviti atau program untuk meningkatkan perkembangan fizikal, kognitif, mental dan psikososial penghuni;
(e)
untuk menasihati Pengetua bagi memastikan persekitaran tempat perlindungan adalah selamat, bersih dan sesuai bagi penghuni;
(f)
untuk menasihati Ketua Pengarah tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan dan perkembangan penghuni;
7
(g)
untuk memaklumkan kepada Ketua Pengarah tentang apa-apa kelemahan dalam program pemulihan atau mana-mana program lain yang dijalankan di tempat perlindungan;
(h)
untuk melawat tempat perlindungan sekurang-kurangnya sebulan sekali;
dan
(i)
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
Kuasa Lembaga Pelawat