Malaysia legislation
Section 42
of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT PERLINDUNGAN) 2017
Seksyen 42
(a)
suatu daftar kemasukan penghuni yang hendaklah mengandungi―
(i)
nama dan alamat rumah tiap-tiap penghuni;
(ii)
nama, alamat rumah dan nombor perhubungan ibu atau bapa, penjaga atau saudara tiap-tiap penghuni;
(iii)
butir-butir kesihatan tiap-tiap penghuni;
(iv)
apa-apa perintah mahkamah yang berhubungan dengan tiap-tiap penghuni;
(v)
maklumat mengenai barang peribadi tiap-tiap penghuni; dan 28
(vi)
apa-apa dokumen lain yang berkaitan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(b)
suatu daftar kehadiran harian tiap-tiap penghuni;
(c)
suatu rekod mengenai semua prosiding Jawatankuasa yang hendaklah termasuk butir-butir yang terperinci mengenai prosiding itu;
(d)
suatu daftar pelanggaran disiplin oleh penghuni dan hukuman yang dikenakan;
(e)
suatu fail peribadi tiap-tiap penghuni yang hendaklah mengandungi—
(i)
rekod kesihatan penghuni itu;
(ii)
sejarah kes penghuni itu;
(iii)
gambar penghuni itu; dan
(iv)
rekod sesi kaunseling penghuni itu;
(f)
suatu rekod inventori mengenai semua barang yang dibeli oleh
Lembaga Pelawat bagi kegunaan tempat perlindungan;
(g)
suatu rekod mengenai apa-apa transaksi perniagaan yang berhubungan dengan aktiviti dan program yang menguntungkan yang dijalankan oleh tempat perlindungan;
(h)
suatu rekod mengenai apa-apa wang yang diterima oleh penghuni;
(i)
suatu rekod mengenai semua latihan kebakaran dan pemindahan yang dilaksanakan di tempat perlindungan;
29
(j)
suatu rekod mengenai apa-apa bencana alam yang berlaku di tempat perlindungan; dan
(k)
apa-apa rekod lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah.
(2)
Semua rekod yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dijadikan tersedia untuk pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau wakilnya.
Kecualian