Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT SELAMAT) 2017

Seksyen 6

(1)

Seseorang anggota Lembaga Pelawat hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

(2)

Pelantikan semula yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(a)

tempoh pelantikan semula itu tidak boleh melebihi dua penggal berturut-turut; dan

(b)

umur anggota itu tidak boleh melebihi tujuh puluh tahun.

(3)

Walau apa pun perenggan (2)(b), mana-mana anggota Lembaga Pelawat boleh dilantik semula jika difikirkan oleh Menteri bahawa anggota itu mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan perkembangan, kebajikan dan kesihatan penghuni.

P.U. (A) 291 9

Elaun

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN KANAK-KANAK (TEMPAT SELAMAT) 2017