Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN BEKALAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) (PINDAAN) 2024
Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2001
[P.U. (A) 176/2001], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 4 dengan menggantikan subperaturan (1) dengan subperaturan yang berikut:
“(1)
Apabila suatu tawaran untuk mengkompaun apa-apa kesalahan dibuat dan diterima, pembayaran hendaklah dibuat kepada Pengawal atau Timbalan
Pengawal secara tunai atau melalui kiriman wang, wang pos atau draf bank, atau melalui kad kredit, kad debit, kad caj, kad prabayar atau apa-apa bentuk pembayaran secara elektronik yang lain yang kena dibayar kepada Pengawal.”.