Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK (PINDAAN) 2014

Seksyen 5

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 10 dengan peraturan yang berikut:

“10.

(1)

Pihak Berkuasa boleh, dalam hal sesuatu keluaran yang diimport, menghendaki mana-mana orang yang memohon untuk pendaftaran keluaran yang diimport itu untuk memberi suatu akuan bertulis yang dibuat oleh atau bagi pihak pengeluar keluaran yang diimport itu bahawa semua kehendak yang mengawal pengeluaran keluaran itu yang dikenakan oleh undang-undang negara pengeluar telah dipatuhi.

P.U. (A) 257 4

(2)

Pengarah Perkhidmatan Farmasi boleh, dalam hal sesuatu kosmetik yang diimport, menghendaki mana-mana orang yang memohon untuk pengeluaran nota notifikasi bagi kosmetik yang diimport itu untuk memberi suatu akuan bertulis yang dibuat oleh atau bagi pihak pengeluar kosmetik yang diimport itu bahawa semua kehendak yang mengawal pengeluaran kosmetik itu yang dikenakan oleh undang-undang negara pengeluar telah dipatuhi.”.

Pindaan peraturan 17

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN DADAH DAN KOSMETIK (PINDAAN) 2014