Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2013
Seksyen 11
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 16 dengan peraturan yang berikut:
“Pembungkusan rokok 16.
(1)
Pengilang hendaklah membungkus rokok di dalam suatu paket yang mengandungi hanya dua puluh batang rokok atau di dalam suatu karton yang mengandungi hanya sepuluh paket rokok.
(2)
Mana-mana orang yang dalam menjalankan apa-apa perniagaan atau urus niaga membekalkan atau menawarkan untuk membekal apa-apa rokok di dalam mana-mana paket atau karton hendaklah mematuhi subperaturan (1), peraturan 15, 15A, 15B, 15C dan 16A .
(3)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan peraturan 16A