Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PINDAAN) 2021
Seksyen 5
Peraturan 15 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “rokok” dengan perkataan “hasil tembakau”;
(b)
dalam subperaturan (1)—
(i)
dengan memotong perkataan
“dan”
di hujung subperenggan (a)(iii);
(ii)
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b)
pada setiap unit paket hasil tembakau selain rokok—
(i)
dengan mana-mana set teks dan imej sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Keenam; dan
(ii)
dengan enam puluh peratus kawasan liputan ditempatkan dari bahagian atas pada panel hadapan;
dan”;
4
(iii)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c)
pada setiap unit karton hasil tembakau—
(i)
dengan mana-mana set teks dan imej sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat Belas;
(ii)
dengan lima puluh peratus kawasan liputan ditempatkan dari bahagian sisi pada panel atas; dan
(iii)
dengan enam puluh peratus kawasan liputan ditempatkan dari bahagian sisi pada panel bawah.”;
(c)
dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “rokok” dengan perkataan “hasil tembakau”;
(d)
dalam subperaturan (3)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Jadual Kelima dan Keenam”
dengan perkataan “Jadual Kelima, Keenam dan Keempat Belas”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “rokok” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “hasil tembakau”;
(e)
dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perkataan “rokok”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “hasil tembakau”; dan
(f)
dalam subperaturan (4A)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “apa-apa paket rokok atau karton rokok” dengan perkataan “apa-apa paket atau karton hasil tembakau”; dan 5
(ii)
dengan menggantikan perkataan “Jadual Kelima” dengan perkataan
“Jadual Kelima, Keenam dan Keempat Belas”.
Pindaan peraturan 15A