Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (KAWALAN PENJUALAN) 2024

Seksyen 4

Apa-apa produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau tidak boleh dijual—

(a)

dalam kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi; dan

(b)

dalam jarak 40 meter dari sempadan atau pagar luar kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi itu; atau

(c)

jika institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi itu terletak di dalam bangunan komersial, dalam jarak 3 meter dari pintu masuk institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi itu; dan

(d)

di mana-mana jalan, gerai atau pasar yang bersifat sementara.

4

Syarat penjualan produk merokok

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (KAWALAN PENJUALAN) 2024