Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (KAWALAN PENJUALAN) 2024

Seksyen 7

(1)

Mana-mana peruncit atau orang yang menjual produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, sama ada di kedai khas atau selainnya hendaklah, pada setiap masa, mempamerkan dengan cara yang mudah dilihat suatu tanda amaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(2)

Tanda amaran yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diperbuat daripada bahan yang keras, legap dan tahan lama dengan ciri-ciri seperti yang berikut:

(a)

50 sentimeter lebar dan 60 sentimeter panjang, dengan ukuran segi empat tepat dengan latar belakang berwarna putih tulen;

(b)

cetakan yang jelas suatu bulatan dengan tanda palang berwarna merah dengan ketebalan sekurang-kurangnya 2.5 sentimeter yang

5

menindih imej produk merokok yang berwarna hitam dengan simbol “<18” dalam fon Arial berwarna hitam tulen yang bersaiz sekurang-kurangnya 250 poin dan diletakkan pada bahagian bawah kanan bulatan pada bahagian atas tanda larangan; dan

(c)

cetakan yang jelas perkataan “AMARAN” dan “MENJUAL PRODUK

TEMBAKAU, BAHAN MEROKOK ATAU PRODUK PENGGANTI

TEMBAKAU KEPADA ORANG YANG BERUMUR BAWAH LAPAN

BELAS TAHUN ADALAH DILARANG” dalam fon Arial berwarna hitam tulen bersaiz minimum 100 poin.

Harga runcit bagi produk tembakau, dsb.

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (KAWALAN PENJUALAN) 2024