Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN KAWALAN PRODUK MEROKOK DEMI KESIHATAN AWAM (KAWALAN PENJUALAN) 2024
Seksyen 9
(1)
Tertakluk pada subperaturan (2), semua paket rokok, cerut, atau produk yang dipanaskan hendaklah dijual pada harga jualan minimum dua belas ringgit bagi setiap paket.
(2)
Mana-mana paket rokok, cerut dan produk yang dipanaskan dengan harga runcit yang diluluskan bersamaan dengan atau lebih daripada harga jualan minimum yang dinyatakan dalam subperaturan (1), hendaklah dijual dengan harga runcit yang diluluskan itu.
(3)
Tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan untuk menjual, membeli atau berada dalam milikannya apa-apa paket atau karton produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau yang tidak dicetak dengan set teks dan imej amaran kesihatan sebagaimana yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan
Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pembungkusan dan Pelabelan) 2024.
7