Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN KEBAJIKAN HAIWAN (NOTIS PENAMBAHBAIKAN) 2020

Seksyen 4

(1)

Seorang pegawai kebajikan haiwan boleh menyampaikan notis penambahbaikan di bawah peraturan 3 kepada pemunya atau pemegang lesen dengan cara yang berikut:

(a)

menyampaikan notis penambahbaikan secara kediri kepada pemunya atau pemegang lesen;

(b)

melalui pos berdaftar Akuan Terima yang dialamatkan ke alamat pemunya atau pemegang lesen yang terakhir diketahui; atau

(c)

dengan menampalkan suatu notis penambahbaikan di mana-mana bahagian yang mudah dilihat di premis pemunya atau pemegang lesen.

(2)

Jika suatu notis penambahbaikan telah disampaikan dengan cara yang disebut dalam subperaturan (1), notis penambahbaikan itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada pemunya atau pemegang lesen selepas tujuh hari dari tarikh notis itu disampaikan.

P.U. (A) 57 4

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN KEBAJIKAN HAIWAN (NOTIS PENAMBAHBAIKAN) 2020