Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 [P.U. (A) 95/2009], yang disebut sebagai “Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda dalam peraturan 2 dengan memasukkan selepas takrif “makanan cepat rosak” takrif yang berikut:

“makanan dalam tin berasid rendah” ertinya apa-apa makanan dengan nilai pH lebih daripada 4.6 dan nilai aktiviti air (aw) lebih daripada 0.85—

(a)

yang bukan minuman beralkohol;

(b)

yang disteril secara komersial; dan

(c)

yang dibungkus di dalam bekas kedap udara;’.

Pindaan peraturan 11

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KEBERSIHAN MAKANAN (PINDAAN) 2026