Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(1)
Seseorang yang bertanggungjawab bagi suatu bangunan hendaklah memohon suatu label intensiti tenaga berkenaan dengan bangunan itu kepada
Suruhanjaya melalui cara elektronik pada setiap tahun.
(2)
Bagi permohonan label intensiti tenaga yang pertama kepada Suruhanjaya, orang yang bertanggungjawab bagi suatu bangunan hendaklah membuat permohonan itu dalam masa tiga puluh hari selepas tamat tempoh satu tahun dari tarikh notis bertulis di bawah subseksyen 3(4) Akta dikeluarkan kepadanya.
(3)
Bagi permohonan label intensiti tenaga bagi tahun berikutnya, orang yang bertanggungjawab bagi suatu bangunan hendaklah memohon label itu dalam masa tiga puluh hari sebelum tarikh tamat tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam label intensiti tenaga sedia ada.
(4)
Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi suatu bangunan yang tidak memohon label intensiti tenaga dalam tempoh yang disebut dalam subperaturan (2)
dan (3) hendaklah membayar suatu fi lewat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.
(5)
Permohonan yang disebut dalam subperaturan (2) dan (3) hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya berserta dengan bayaran fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat, butiran atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(6)
Label intensiti tenaga yang dikeluarkan di bawah perenggan 10(4)(a) Akta hendaklah sah selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun dan tamat tempoh pada tarikh sebagaimana yang dinyatakan dalam label itu.
10
Penarafan kecekapan tenaga