Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tertakluk pada peraturan 5, seseorang pengguna tenaga hendaklah melantik seorang pengurus tenaga berdaftar yang memenuhi kehendak peraturan 14, dalam kalangan pekerjanya.
(2)
Pelantikan pengurus tenaga berdaftar di bawah subperaturan (1)
hendaklah dibuat dalam masa tiga bulan dari tarikh notis bertulis di bawah subseksyen 3(3) Akta dikeluarkan oleh Suruhanjaya kepadanya.
(3)
Pengguna tenaga hendaklah memberitahu Suruhanjaya melalui cara elektronik mengenai pelantikan pengurus tenaga berdaftar yang dibuat di bawah subperaturan (1).
(4)
Seseorang pengurus tenaga berdaftar yang dilantik di bawah subperaturan (1) oleh seseorang pengguna tenaga, boleh menjalankan fungsi dan kewajipannya kepada tidak melebihi tujuh (7) pengguna tenaga yang lain yang merupakan perbadanan berkaitan dengan pengguna tenaga yang melantiknya.
Pelantikan pengurus tenaga berdaftar