Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(1)
Jika seorang pengurus tenaga berdaftar yang dilantik mengosongkan jawatannya atas apa-apa sebab, pengguna tenaga hendaklah menyampaikan suatu notis dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dalam masa empat belas hari dari tarikh jawatan itu dikosongkan.
7
(2)
Pengguna tenaga hendaklah dalam masa tiga bulan dari tarikh pengurus tenaga berdaftar mengosongkan jawatannya, melantik seorang pengurus tenaga berdaftar dalam kalangan pekerjanya untuk mengisi jawatan yang dikosongkan itu mengikut peraturan 4.
(3)
Jika pengguna tenaga tidak dapat melantik pengurus tenaga berdaftar dalam kalangan pekerjanya mengikut subperaturan (2), pengguna tenaga boleh, dengan kebenaran bertulis Suruhanjaya, melantik seorang pengurus tenaga berdaftar yang memenuhi kehendak subperaturan 14(2) atau (3) yang bukan daripada kalangan pekerjanya atau pekerja perbadanan berkaitan pengguna tenaga itu, mengikut syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
(4)
Mana-mana pengguna tenaga yang melanggar subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.