Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DALAM TALIAN (TRIBUNAL RAYUAN KESELAMATAN DALAM TALIAN) 2025
Seksyen 3
(1)
Suatu rayuan kepada Tribunal hendaklah dimulakan melalui suatu notis rayuan dalam Borang A Jadual Pertama dan disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2)
Notis rayuan yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah difailkan dengan Tribunal dalam tempoh empat puluh lima hari selepas tarikh penyampaian pemberitahuan suruhan bertulis, penentuan, arahan atau keputusan daripada
Suruhanjaya yang dirayu.
(3)
Suatu notis rayuan hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen sokongan sebagaimana yang ditentukan oleh Tribunal.
(4)
Bilangan salinan notis rayuan yang hendaklah difailkan adalah berdasarkan kehendak yang berikut:
(a)
satu salinan bagi maksud Tribunal;
(b)
satu salinan untuk disampaikan kepada Suruhanjaya;
(c)
seberapa banyak salinan untuk disampaikan kepada mana-mana pihak lain kepada rayuan sebagaimana yang ditentukan oleh perayu; dan
(d)
seberapa banyak salinan bagi maksud perayu.
6
Notis rayuan hendaklah ditandatangani dan dimeterai