Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), pembekal utama hendaklah mengelaskan bahan kimia sebagai bahan kimia berbahaya mengikut senarai bahan kimia terkelas yang dinyatakan dalam Bahagian 1 Tataamalan Industri.
(2)
Jika bahan kimia yang akan dikelaskan tidak tersenarai sebagai bahan kimia terkelas dalam Bahagian 1 Tataamalan Industri, pengelasan bahan kimia itu sebagai bahan kimia berbahaya hendaklah mengikut bahaya fizikal, kesihatan dan alam sekitar bahan kimia itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian 2 Tataamalan
Industri.
(3)
Jika Ketua Pengarah mendapati bahawa terdapat ketidakselarasan dalam pengelasan bahan kimia yang sama, Ketua Pengarah boleh menentukan pengelasan itu berdasarkan senarai bahan kimia terkelas dalam Bahagian 1 Tataamalan Industri dan menurut bahaya fizikal, kesihatan dan alam sekitar bahan kimia itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian 2 Tataamalan Industri.
(4)
Apabila pengelasan bahan kimia sebagai bahan kimia berbahaya ditentukan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan (3), pembekal utama hendaklah mematuhi penentuan itu.
(5)
Seseorang pembekal utama yang melanggar subperaturan (1), (2)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
P.U. (A) 310 11
Rekod pengelasan