Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Pembekal hendaklah memastikan bahawa bahan kimia berbahaya dibekalkan dalam suatu bungkusan yang memenuhi kehendak yang berikut:
(a)
jika bungkusan itu merupakan suatu bekas, bekas itu hendaklah direka bentuk dan dibina sedemikian rupa untuk memastikan bahawa bahan kimia berbahaya itu tidak boleh keluar melainkan jika peranti keselamatan dipasang pada bekas itu;
(b)
bungkusan dan pengancingnya hendaklah kukuh dan mampu menampung bahan kimia berbahaya itu untuk menahan tegasan normal dan terikan kendalian;
P.U. (A) 310 12
(c)
bahan yang dijadikan bungkusan dan pengancing hendaklah tidak mudah rosak disebabkan serangan buruk oleh bahan kimia berbahaya itu atau boleh membentuk sebatian yang memudaratkan atau berbahaya dengan bahan kimia berbahaya itu;
dan
(d)
jika bungkusan itu merupakan suatu bekas yang dipasang dengan peranti pengancing boleh ganti, peranti pengancing itu hendaklah direka bentuk sedemikian rupa untuk memastikan bahawa bungkusan itu boleh dikancingkan berulang kali tanpa bahan kimia berbahaya itu terkeluar.
(2)
Seseorang pembekal yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pengedap bungkusan