Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) 2025

Seksyen 2

Tafsiran

“bejana tekanan”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang Menghendaki

Perakuan Kelayakan) 2024 [P.U. (A) 99/2024];

“dandang stim”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang Menghendaki

Perakuan Kelayakan) 2024;

“data berasaskan risiko” ertinya—

(a)

berhubung dengan dandang stim dan bejana tekanan, maklumat perincian reka bentuk dan pengendaliannya, termasuk komposisi bendalir proses, sifat bendalir proses, suhu dan tekanan pengendalian, bahan binaan, spesifikasi reka bentuk, ketebalan semasa, jenis mekanisme kerosakan

5

yang boleh menjejaskan fungsi dandang stim dan bejana tekanan, pemeriksaan dan penyelenggaraan; dan

(b)

berhubung dengan jentera mengangkat, maklumat perincian reka bentuk dan pengendaliannya, termasuk bahan binaan, spesifikasi reka bentuk, jenis mekanisme kerosakan yang boleh menjejaskan fungsi jentera mengangkat, pemeriksaan dan penyelenggaraan;

“jentera mengangkat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang Menghendaki

Perakuan Kelayakan) 2024;

“loji yang menghendaki perakuan kelayakan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Loji yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024;

“orang berkelayakan” ertinya orang terlatih yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam bidang berkaitan untuk melaksanakan apa-apa tugas atau perkhidmatan yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan ini;

“pemeriksaan berkala” ertinya pemeriksaan yang dijalankan mengikut peraturan 6 Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji yang

Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024;

“pemeriksaan dalaman” ertinya pemeriksaan yang dijalankan pada bahagian dalam dandang stim dan bejana tekanan dengan menggunakan sama ada teknik visual, ujian tanpa musnah atau kedua-duanya;

“pemeriksaan luaran” ertinya pemeriksaan visual yang dijalankan pada bahagian luar loji yang menghendaki perakuan kelayakan bagi mentaksir keadaan yang boleh menjejaskan integriti loji yang menghendaki perakuan kelayakan dan struktur sokongannya, termasuk peralatan keselamatan loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu;

6

“pemeriksaan semasa pengendalian” ertinya pemeriksaan pada bahagian luar dandang stim atau bejana tekanan yang sedang dikendalikan dan pemeriksaan itu dijalankan dengan menggunakan kaedah ujian tanpa musnah yang wajar untuk mengesan kecacatan pada dandang stim atau bejana tekanan itu berdasarkan mekanisme kerosakan;

“penganalisisan berasaskan risiko” ertinya suatu pemeriksaan dalaman dan pemeriksaan luaran termasuk ujian tanpa musnah yang dijalankan oleh penghuni terhadap suatu loji yang menghendaki perakuan kelayakan yang lat tempoh pemeriksaannya ditentukan berdasarkan risiko yang berkaitan dengan loji yang menghendaki perakuan kelayakan itu.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) 2025