Malaysia legislation
Section 4
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SIBER (PELESENAN PEMBERI PERKHIDMATAN KESELAMATAN SIBER) 2024
Seksyen 4
Perkhidmatan pemantauan pusat operasi keselamatan terurus
(a)
memantau tahap keselamatan siber suatu komputer atau sistem komputer seorang yang lain dengan cara memperoleh, mengenal pasti atau mengimbas maklumat yang disimpan dalam, diproses oleh atau dihantar melalui, komputer atau sistem komputer itu bagi maksud mengenal pasti atau mengesan ancaman keselamatan siber terhadap komputer atau sistem komputer itu; atau
(b)
menentukan langkah-langkah yang perlu untuk bertindak balas terhadap atau pulih daripada apa-apa insiden keselamatan siber itu dan untuk mencegah insiden keselamatan siber itu daripada berlaku pada masa hadapan.
Perkhidmatan pengujian penembusan