Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (GAJI BULANAN PURATA MINIMUM) 2014

Seksyen 2

(1)

Gaji bulanan purata minimum bagi orang berinsurans bagi maksud pencen ilat yang disebut dalam subseksyen 20(2) Akta atau pencen penakat yang disebut dalam perenggan 4 Jadual Kelapan kepada Akta ialah sembilan ratus lima puluh ringgit.

(2)

Gaji bulanan purata minimum yang disebut dalam subperaturan (1)

hendaklah terpakai bagi orang berinsurans jika kadar pencen ilat atau pencen penakat yang diterima pada 31 Disember 2011 oleh orang berinsurans itu atau orang tanggungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kurang daripada empat ratus tujuh puluh lima ringgit.

Pembatalan

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA (GAJI BULANAN PURATA MINIMUM) 2014