Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL PEKERJAAN SENDIRI (PENILAI PERUBATAN) 2018
Seksyen 10
(1)
Bagi maksud memperakukan darjah kehilangan upaya yang melayakkan orang berinsurans bekerja sendiri bagi elaun layanan sentiasa di bawah seksyen 21
Akta, penilai perubatan hendaklah mempertimbangkan sama ada—
(a)
orang berinsurans bekerja sendiri itu tidak dapat memberi makan kepada dirinya sendiri atau menguruskan keperluan peribadinya dan kebersihan diri; dan
(b)
orang berinsurans bekerja sendiri itu tidak dapat bergerak.
(2)
Selepas berpuas hati dengan darjah kehilangan upaya orang berinsurans bekerja sendiri itu di bawah subperaturan (1), penilai perubatan hendaklah memperakukan orang berinsurans bekerja sendiri itu bagi elaun layanan sentiasa.
(3)
Sebagai tambahan kepada perakuan yang dibuat di bawah subperaturan (2), penilai perubatan boleh mengesyorkan kepada Pertubuhan supaya orang berinsurans bekerja sendiri itu disediakan kemudahan pemulihan jasmani dan vokasional.
(4)
Perakuan yang dibuat di bawah subperaturan (2) boleh diperakukan semula atas permohonan Pertubuhan dari semasa ke semasa.
P.U. (A) 327 10
(5)
Apabila diperakukan semula di bawah subperaturan (4), Pertubuhan boleh memutuskan sama ada pembayaran elaun layanan sentiasa diteruskan atau tidak kepada orang berinsurans bekerja sendiri itu.
Garis panduan