Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
(1)
Seseorang suri rumah berinsurans yang menghidap keilatan boleh menuntut elaun keuzuran dengan mengemukakan suatu notis keilatan dalam
Borang SR 6 Jadual kepada Pertubuhan.
P.U. (A) 200 12
(2)
Borang SR 6 Jadual yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan laporan perubatan daripada mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang menerangkan keadaan keuzuran yang menyebabkan keilatan itu.
(3)
Pertubuhan hendaklah menolak suatu notis keilatan jika notis itu dikemukakan oleh seseorang suri rumah berinsurans, orang tanggungannya atau mana-mana orang lain selepas suri rumah berinsurans telah mencapai umur lima puluh lima tahun.
(4)
Bagi maksud peraturan ini,
“pengamal perubatan berdaftar”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perubatan 1971 [Akta 50].
Rujukan persoalan mengenai keilatan kepada penilai perubatan