Malaysia legislation

Section 18

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (FAEDAH, KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI DAN DIALISIS) 2023

Seksyen 18

Rujukan elaun keuzuran yang berikutnya kepada penilai perubatan

(1)

Jika suatu rujukan yang berikutnya dibuat oleh seseorang suri rumah berinsurans dalam suatu notis keilatan yang baharu selepas rujukan terdahulu itu dia ditentukan tidak menghidap keilatan, Pertubuhan boleh merujuk persoalan mengenai keilatan yang berikutnya itu untuk suatu penentuan yang baharu oleh penilai perubatan dalam kawasan sama notis keilatan itu dikemukakan atau kawasan yang sama dengan rujukan yang pertama, sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan, bersama dengan laporan perubatan terkini mengenai keadaan kesihatan semasa suri rumah berinsurans.

(2)

Suri rumah berinsurans hendaklah menggunakan semua prosedur yang ada mengenai rujukan persoalan mengenai keilatan kepada penilai perubatan, atau

Jemaah Doktor Rayuan sekiranya terdapat suatu rayuan sebelum mengemukakan suatu notis keilatan yang berikutnya di bawah peraturan ini.

Section 18 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (FAEDAH, KEMUDAHAN PEMULIHAN JASMANI DAN DIALISIS) 2023