Malaysia legislation
Section 23
Seksyen 23
Kematian suri rumah berinsurans semasa sedang menerima elaun keuzuran
Sekiranya elaun keuzuran telah dibayar oleh Pertubuhan kepada suri rumah berinsurans yang telah meninggal dunia, bayaran pencen penakat hendaklah bermula pada bulan yang berikutnya selepas kematian suri rumah berinsurans itu atau pada bulan yang berikutnya selepas bayaran elaun keuzuran dihentikan, mengikut mana-mana yang terkemudian.