Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023

Seksyen 5

(1)

Apabila didaftarkan di bawah peraturan 2, jika suami suri rumah itu memilih untuk membayar caruman berkenaan dengan suri rumahnya dalam Borang SR 1 Jadual, suami suri rumah itu hendaklah membayar caruman kepada

Pertubuhan atau mana-mana ejen pada kadar caruman sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta.

(2)

Jika suami suri rumah itu tidak memilih untuk membayar caruman itu dalam Borang SR 1 Jadual atau jika suri rumah itu tidak mempunyai suami, caruman berkenaan dengan suri rumah itu boleh dibayar oleh suri rumah itu sendiri kepada

Pertubuhan atau mana-mana ejen pada kadar caruman sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Akta.

6

(3)

Walau apa pun subperaturan (2), suami suri rumah itu boleh memilih untuk membayar caruman itu pada bila-bila masa berkenaan dengan suri rumahnya dalam Borang SR 1 Jadual.

(4)

Bagi maksud subperaturan (1) dan (3), suami suri rumah itu hendaklah membayar caruman dalam masa tiga puluh hari dari tarikh suami suri rumah itu telah memilih untuk membayar caruman berkenaan dengan suri rumahnya dalam

Borang SR 1 Jadual.

(5)

Bagi maksud subseksyen 15(5) Akta, caruman yang kena dibayar di bawah peraturan ini boleh dibuat terlebih dahulu bagi dua belas bulan berturut-turut yang berikutnya dalam Borang SR 1 Jadual.

(6)

Caruman di bawah peraturan ini hendaklah dibayar—

(a)

secara tunai;

(b)

secara kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, arahan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada Pertubuhan dan dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja”; atau

(c)

secara kad kredit, kad debit atau pemindahan wang secara elektronik.

(7)

Apabila bayaran caruman di bawah peraturan ini diterima,

Pertubuhan hendaklah mengeluarkan suatu Nombor Kod Pengenalan Suri Rumah kepada suri rumah dan memasukkan nama dan nombor kad pengenalannya ke dalam daftar yang disebut dalam peraturan 4.

7

Bayaran caruman bagi pihak suri rumah

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENDAFTARAN DAN CARUMAN) 2023