Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2023

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu—

(a)

secara kiriman wang, wang pos, perintah juruwang, arahan bank atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima

Sahaja” yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah; atau

(b)

melalui pemindahan wang secara elektronik ke dalam akaun

Pertubuhan.

(2)

Pembayaran kompaun yang dibuat mengikut perenggan (1)(a) hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar prabayar kepada Ketua Pengarah di alamat yang dinyatakan dalam Borang SRK 2 Jadual Kedua.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu telah dibuat.

(4)

Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah subperaturan (3) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui pemindahan wang secara elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b).

Pendakwaan boleh dimulakan jika tiada pembayaran dibuat

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2023